Sunday, June 27, 2010

kad (87) - Capt. Keyil

Happy Birthday to Keyil!

simple je, saya lukis gambar pilot utk bahagian depan

dalam pula, simple pop-up kapal terbang MAS!

May Allah bless u (",)


harap suka la ye (^_^)

Cuti Lagi..

Saya akan bercuti Isnin (28 Jun) - Sabtu (3Julai).

Jadi sori sangat-sangat semua tempahan yang nak siap dalam minggu ni tak dapat diterima.

Tapi jangan risau, masih boleh menempah kad comel-comel tu untuk minggu depan onwards~
(",)
InsyaAllah kalau ada internet connection kat sana, saya akan check email dari semasa ke semasa.

heheee sowi sowi asek bercuti je lately ni ;p
ye lahh sementara ada peluang, jangan lepaskan..betul tak?
;p

Thursday, June 24, 2010

Kad (86) - Qusyairi's

Kad ni, saya buat laju-laju sebab customer minta last minit dan nak siap cepat. 1 hari.
hehee kelam kabut nak menyiapkannya ;p

Simple je,


Dan dalam dia, saya ada buat 5 pages, seperti yang di-request oleh customer :
17 things that we should remember for the rest of your life~


Boleh saya share nasihat tu kat sini, Nasihat Luqman Al- Hakim :

Sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya.

Bila ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


Orang– orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


Selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yg tidak mahu mengerti.


Bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.


Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.


Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.


Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.


Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata- kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.




Harap suka la ye (",)

Tuesday, June 22, 2010

Kad (85) - bday lagi,sanah helwah!

Sanah Helwah!
Happy Birthdayyy (",)


Semoga sentiasa dirahmati Allah!

dan..

Semoga yang menempah dan yang menerima kad ini happy dan suka dengan kad ni \(^_^)/

Saturday, June 19, 2010

Kad (84) - oren bday

Customer nak kad birthday, tak kesah macam mana asalkan simple & cantik =)
So tiba-tiba dapat idea nak buat macam ni :

punch-gunting-tampal- tulis happy bday ;)

dalamnya simple pop-up: 3 kuntum bunga, May Allah bless you (",)

harap suka :D

Sunday, June 13, 2010

Kad (83) - nikon

Kad ni customer minta warna dark blue. Katanya si penerima suka bowling,karaoke dan yang paling penting, suka kamera nikon d90.

Saya sendiri tak tau kad ni untuk birthday ke, friendship ke..apa ke ;p
hihi

Apa-apa pun, inilah hasilnya~
\(^_^)/

luar kad


dalam

Harap suka yeeee (",)

Saturday, June 12, 2010

Kad (82) - Genting Theme Park!!!

Sori sori sori, lama menyepi.. hihi.
Tapi menyepi tak bermaksud saya berehat dari membuat kad.
Masih tekun membuat kad, cuma tak sempat nak update dekat blog je.
;p

Ha kad ni, customer minta kad kaler purple tema Genting Highland! dan katanya si penerima suka karaoke.
Jadi saya pun dengan gigihnya melukis dan mewarna gambar-gambar di bawah ni~
(",)

Bahagian luar kad =)


Bahagian dalam kad =)


Harap suka la yeeee \(^_^)/

p/s: banyak lagi kad...coming soooooooooooooooooon.
:)

Saturday, June 5, 2010

Kad (81) - the story begins....

Kad ni Lina order untuk diberi pada supervisor FYPnya..
:)
Dia nak yang agak-agak sesuai dengan dirinya dan supervisornya.
Taknak banyak kaler sangat, yet cantik!

So inilah dia hasilnya.....

1st page


2nd page & 3rd page - adoyai sori laaa lina senget-benget ;p
haha tapi lina kata takpe senget tu seni. hihi apa-apa je lah ;p



4th page and the last page!
:)

Harap Lina dan supervisornya sukaaaaaa (",)