Showing posts with label for him. Show all posts
Showing posts with label for him. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Monday, March 12, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Monday, February 27, 2012

Wednesday, February 22, 2012

Friday, November 4, 2011

Thursday, November 3, 2011

(171) - Liverpool jersey untuk bday boy!



kecik jeee jersey ni.
tak muat ikhwan nak pakai :P
hehehe
tapi apa-apa pun harap Zie & Ikhwan suka (^_^)

Friday, October 14, 2011

(167) - bittaufiq wannajah fil imtihan :)

Kad ni ditempah khas utk si dia yang nak exam.

heee buat sementara waktu, say no to :


dan concentrate on studyyyy~


hehee harap suka yee cik adik :)

Tuesday, September 13, 2011

Kad (159) - Fancy some thoughts from Sir Alex?....

...and me?

Hehehee kad ni untuk fan MU. Tapi sorilah mungkin ada konflik identiti sikit di situ. MU sepatutnya merah la kan, tapi nape kaler purple pulak?
Saya buat ikut kehendak pelanggan,kalau suka purple..saya pun ikut laa buat kaler purple (^_^)

designed by me, ditambah2 dengan idea dari my brothers yg minat MU :)

Saya tahu, lagi cantik kalau ada gambar sir Alex, tapi tak sempat pula.

oh ya, kad ni jenis keras, guna board yg keras..so harga pun bertambah la sket, tp jgn risau, still reasonable and affordable..tak caya, tanya amalina :p
hehe dah 2 kali dia tempah kad dengan saya.

Thanks a lot Amalina!:)

Monday, July 4, 2011

Kad (154) - Dad's day

Kad ni aunty saya minta tolong buatkan :)



Harap sukaa! :)

Thursday, April 21, 2011

Kad (128) - Why so serius?

Why so serius?



Have some fun!
Batwoman wants to treat you for your birthday!


Kad ni asalnya si penempah nak ada gambar joker kat bahagian luar kad.
Untuk ayat kat bahagian dalam tu, saya yang memandai tambah. HAHA :p

Apa-apa pun harap suka la ye!
(^_^)

Wednesday, March 30, 2011

Kad (122) True GUYS never give up

Customer nak kad Good Luck untuk BFnya yang tersayang.
Baru selamat dipos tadi. huhu alhamdulillahhh.

Lately ni banyak kerja tertangguh sebab jadual harian pun tunggang langgang disebabkan tiba-tiba kena kerja berterus-terusan.erkk sabo je lah.

Apa-apa pun, saya akan cuba yang terbaik untuk siapkan semua order. Ada dalam list pending dn in progress lagi : wedding invitation cards, frame dan guest book.
Harap boleh siap sebelum due date.
(^_^)

Apa-apa pun, nah tengok gambar kad ni dulu.
Harap suka la ye!


Good Luck Dear!



Saturday, November 27, 2010

Kad (111) - 5th Anniversary

Kad ni dah dibuat dalam sebulan yang lepas. Customer minta kad tema LOVE LOVE macam Kad(70), cuma nak minta tukar warna kuning kepada purple dan tulis 'For the guy who stole my heart, happy 5th anniversary'.
(",)
So inilah hasilnya~


Bahagian dalam pula, saya buat ikut apa yang dia nak~ Dalam tu guna background color lilac, tapi nampak macam kebiru-biruan pulak ;p


Apa-apa pun, harap suka la ye \(^_^)/

Tuesday, October 19, 2010

Kad (104) - Chef asri keroppi

Salam.

Hai semuaaa, apa khabar? Harap semua sihatlah hendaknya(",)

Ya ampunnnnnn lama blog ni terbiar. Apa la nak jadi, malas tak habis-habis :p

Tak sampai hati nak tengok blog ni bertambah debu lama terbiar, meh sini saya bersihkan sikit. dan share kad yang dah lama buat ni:

Kad ni buat sebelum raya lagi. lama dah!
hihi cik adik customerku sayang tu nak bagi dekat cik abe dia la kot ;p

Saya ikut je apa yang dia nak, gambar Chef Keroppi kat luar.


dan dalam pulak macam ni:



Harap suka la ye \(^_^)/

Sunday, September 19, 2010

Kad (103) - Salam Aidilfitri

Customer nak kad yang lebih kurang macam INI
Cuma tukar gambar sushi kepada lelaki berbaju melayu hitam~
Ni diaaaa hasilnya~

Jejaka segak berbaju melayu hitam (",)

belah dalam

Harap suka!!!
(^_^)

Monday, August 30, 2010

Kad (102) - Selamat 20th Dr Amirul Mukminin

Kad utk bakal doktor, selamat hari lahir!!!
Semoga dipermudahkan segala urusan. Nanti jadi doktor yang berbakti pada agama, bangsa dan negara =)

Customer minta ada gambar doktor ber-sthethoscope dan tulis selamat 20th :)
Ini lah hasilnya
tadaaaaaaaa~



Selamat Hari Jadi Yang ke-20!
(",)


kek simple je ;)

Harap suka yeeee (",)


p/s: more cards, coming soooooon!

Monday, August 16, 2010

Kad (100) - yang ke seratus!

Alhamdulilahhhhh, Zliah Handmade Cards di blog ini dah mencecah angka yang ke 100!!!
(sebenarnya, dah 100++, tapi sori,malas pula nak update dekat sini ;p )

Kad yang ke 100 ni agak besar, saiz A4 (",)

Customer minta kad yang unik, tema kaler merah putih. Tapi untuk lebih menarik, saya tambah warna hitam, jadi merah, putih, hitam.


dan dalamnya.......

perasan tak bentuk apa tuuu?
(",)

L-O-V-E!
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

harap sangat-sangat si penempah dan penerima kad ni sukaaaaaa (^_^)


Harap dah kad ke 100 ni, Zliah Handmade Cards semakin maju dan disukai ramai.ameeen.
TQ atas sokongan semua.
(",)


p/s : Tempahan kad sentiasa dibuka dengan harga berpatutan,
Boleh tempah ikut apa yang terlintas di fikiran,
Jangan malu jangan segan,
Kalau berminat, jemputlah buat tempahan.
(^_^)

Saturday, July 24, 2010

Kad (95) - demam bola

encik sotong, bola dan german!
:)

sweeeeeeet 23, harap suka la ye (^_^)

Sunday, June 27, 2010

kad (87) - Capt. Keyil

Happy Birthday to Keyil!

simple je, saya lukis gambar pilot utk bahagian depan

dalam pula, simple pop-up kapal terbang MAS!

May Allah bless u (",)


harap suka la ye (^_^)

Thursday, June 24, 2010

Kad (86) - Qusyairi's

Kad ni, saya buat laju-laju sebab customer minta last minit dan nak siap cepat. 1 hari.
hehee kelam kabut nak menyiapkannya ;p

Simple je,


Dan dalam dia, saya ada buat 5 pages, seperti yang di-request oleh customer :
17 things that we should remember for the rest of your life~


Boleh saya share nasihat tu kat sini, Nasihat Luqman Al- Hakim :

Sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya.

Bila ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


Orang– orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.


Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


Selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yg tidak mahu mengerti.


Bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.


Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.


Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.


Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.


Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata- kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.




Harap suka la ye (",)