Monday, December 26, 2011

FB!

Aduh apa pasal laa malas sangat nak update blog ni :P

Latest update koleksi ZLIAH's HANDMADE CARDS, GUESTBOOK,etc boleh tengok kat FB ya!
www.facebook.com/handmade.by.zliah

sila lah like like likee :)

Saturday, November 19, 2011

(175) - Shahril & Hanani

Tema merah putih :D


Bahagian dalam ni semua Hanani design sendiri (^_^)
TQ mudahkan kerja saya :P hehehee



Selamat Pengantin Baru dear!

Saturday, November 5, 2011

(174) -Faiz& Syahirah's Guest Book

hehee kantoi senget di situuu :P
sebenarnya gambar ni diambil sebelum semua tu ditampal. bila da tampal, da tak senget dahh :P

Saya bagi guestbook ni by hand dekat Iera. Jumpa 1st time, tapi rasa Iera ni sangat sweet,teratur, dan peramah! Nice to meet you! :)

Guestbook ni lain sket daripada yang lain, sbb Iera request untuk buat beberapa jenis layout untuk bahagian dalam guestbook ni :)









Harap suka!

(173) - Hafidz & Sharmiza's Guestbook

Sharmiza nak guestbook kartun2 yg pakai baju sekolah :D
so inilah hasilnyaaa~

So sweet, saya terfikir mesti hafidz & sharmiza ni bercina sejak sekolah kan?
hihi!



Friday, November 4, 2011

Thursday, November 3, 2011

(171) - Liverpool jersey untuk bday boy!



kecik jeee jersey ni.
tak muat ikhwan nak pakai :P
hehehe
tapi apa-apa pun harap Zie & Ikhwan suka (^_^)

Monday, October 31, 2011

(170) - Wedding Guest Book - Una & Jey

Special untuk Una & Jey :)

Guestbook ni saya bagi Una by hand. Kami arrange untuk jumpa di Shah Alam.
Una ni sangatlahh peramah dan sweeet orangnya!
Untung Jey dapat Una.hihi!
nice to meet u dear,

All da best tau Una, dan selamat-bakal-pengantin-baru (^_^)

(169) - congrats!


Tahniah kepada semua graduan 2011!
dan,
Selamat datang ke dunia baru a.k.a alam pekerjaan. he he hee

Monday, October 24, 2011

(168) Mohd & Hajar Wedding Guest Book!

(: Wedding Guest Book untuk Mohd & Hajar :)

theme color dia sangat elegen!!
cantik~

more pics : https://www.facebook.com/handmade.by.zliah

p/s : more guestbooks coming soon~

Friday, October 14, 2011

(167) - bittaufiq wannajah fil imtihan :)

Kad ni ditempah khas utk si dia yang nak exam.

heee buat sementara waktu, say no to :


dan concentrate on studyyyy~


hehee harap suka yee cik adik :)

Sunday, October 2, 2011

(166) - Man & Azah Wedding Guest Book

Kali ini punya guest book sangatlahhh sweet!
Color combination dia, saya sukaaaaaa (^_^)

Tapi minta maaf banyak-banyak sebab saya banyak delay untuk buat guest book ni,
hurmmmm :(
sowi~~~

Ok apa-apa pun, jom layan gambar!
hehe

material, saya guna: felt,laces, ribbon,manik2, dan chipboard alphabet :)

1st option


2nd option, mana satu u prefer?


1st page

Bahagian dalam, instead of plain, kali ni azah request untuk ada line...senang sket org nak tulis, kan?

ok thank you :)

Kalau ada sesiapa berminat dengan custom-made handmade guestbook macam di atas/nak design lain, boleh lah email ke zliahs@gmail.com
atau, sms ke 013-6284991


-Handmade Wedding Guestbook by ZLIAH

Friday, September 30, 2011

(165) - Wedding Guest Book Kuning Di Raja - b0wthug & Dian

Kuning betul guestbook ini ya?
Berseri habis~hehee

Yup, Dian kata dia suka kuning dan yg comel2.hehee (^_^)

Tapi, bahagian dalam dia tak kuning la pula..dalam dia selang seli warna pink-biru :)






Thank you!

Selamat pengantin baru, semoga bahagia sampai syurga (^_^)

Tuesday, September 27, 2011

(164) - 5A UPSR

Kepada Syikin yang sukakan hijau,


Selamat Maju Jaya!
Dengan doa, usaha dan keyakinan.semoga dipermudahkan..
Sekarang UPSR dah habis, banyak-banyakkan berdoa dan bertawakkal :)

(163) - trishutter card

1st try...tema warna biru.kad ni dah buat beberapa bulan lepas.
hehe

Kalau ada request untuk buat kat tri-shutter ni lagi, saya mesti excited nak buat!... sebab saya suka mencuba benda yang baruuu (^_^)

(162) - Nawwar & Aizam

simple jeee :)

Saturday, September 24, 2011

(161) - Along ,we love u so much!

(Bahagian depan kad)


(Bahagian dalam 1)


oh ye, kad ni besar bukan mcm kad biasa, kad ni ada 3 bahagian(column) dan boleh dilipat.

Bahagian dalam kad ni, ada 2 option(requested by customer) sebab mungkin dia akan guna either 2 options ni ikut keadaan (^_^)

option1

option2

harap suka!
(^_^)

(160) - hwangbo-angel


Frame ini ditempah khas untuk hwangbo (artis korea) sempena birthday dia bulan lepas (^_^)

he he he, sebelum ni saya tak pernah tahu/kenal hwangbo ni :p
Tapi since saya kena buat frame ni, so saya kenalah kenal/tahu siapa hwangbo ni.

Hwangbo ni ramaaai peminat, hampir seluruh dunia. Tak percaya, tengok dekat peta dalam frame tu.. Setiap tempat yg ada bendera tu, ada peminat hwangbo.

Rough idea frame ni datang dari peminat setia Hwangbo, Cik Tim(yg menempah tu).
Amacam? cantik tak??
hehee^^

Frame ni besarrr.
Cik Tim pergi hantar sendiri frame ni dekat hwangbo kat Korea tu haaa (mmg peminat no1! sampai sanggup dia pergi ke korea untuk celebrate birthday artis kesayangannya). I wonder mcm mana dia bawa frame ni, rasa tak muat masuk luggage tu :p
Takpe, apa-apa pun, nak seribu daya kan?
(^_^)


Saya sangat happyyyyyyyyyyy sebab hwangbo pilih frame yang saya buat ni sebagai THE MOST FAVOURITE GIFT masa event birthday celebration dia aritu!
(^______^)
tersenyum sampai ke telinga bila saya dapat tau ni.hihi!


p/s : ni kali kedua hasil kerja saya sampai ke korea:)
sebelum ni, yang pertama : kad untuk team 1N2D.
Ada yg ketiga hasil kerja saya sampai ke artis korea juga bulan lepas, nak tau siapa, dan apa produknya?
Tungguuuuuuuuu~
(^_^)


Kalau ada siapa2 berminat nak hadiahkan handmade / special gift atau kad ke atau apa-apa sahaja kepada orang - orang istimewa/ tersayang, boleh contact saya di zliahs@gmail.com atau www.facebook.com/handmade.by.zliah
atau, bole sms/call 013-6284991.

Thanks!

Tuesday, September 13, 2011

Kad (159) - Fancy some thoughts from Sir Alex?....

...and me?

Hehehee kad ni untuk fan MU. Tapi sorilah mungkin ada konflik identiti sikit di situ. MU sepatutnya merah la kan, tapi nape kaler purple pulak?
Saya buat ikut kehendak pelanggan,kalau suka purple..saya pun ikut laa buat kaler purple (^_^)

designed by me, ditambah2 dengan idea dari my brothers yg minat MU :)

Saya tahu, lagi cantik kalau ada gambar sir Alex, tapi tak sempat pula.

oh ya, kad ni jenis keras, guna board yg keras..so harga pun bertambah la sket, tp jgn risau, still reasonable and affordable..tak caya, tanya amalina :p
hehe dah 2 kali dia tempah kad dengan saya.

Thanks a lot Amalina!:)

Kad (158) - Simple kad raya - You're my bestie forever!

Yup, simple je.
Harga pun biasa je, affordable. Eica tempah 5 cards mcm ni.
Thanks Eica!!! :)

Tahun ini saya tak berkesempatan nak hantar kad raya pada siapa-siapa. Saya sebenarnya sangat suka kad raya, saya lebih suka yg traditional way (ada sentimental value gitu), compared to sekarang semua nak hantar sms la email la..

Ingat lagi masa dulu2 zaman sekolah rendah, saya WAJIB hantar kad raya pada kawan-kawan, cikgu-cikgu.. dan sangat excited bila dapat kad raya yang sangat banyak. Lepastu gantung kad-kad tu kat rumah masa raya :D

InsyaAllah kalau panjang umur, saya berazam tahun depan nak hantar kad raya pada rakan-rakan, customer dan family :)
Nak kad raya dari saya, tunggu tahun depan ye :D
hehe!

Saturday, August 20, 2011

(157) Wedding Guestbook yang comel (comel ke?)

\(^_^)/

Bahagian dalam dia, guna kertas kaler pink-biru berselang seli(berketebalan 110g) -printed nama pasangan pengantin & relevant info.
Cover - fully guna material felt.

Berminat dengan handmade wedding guest book seperti di atas?
Atau ada idea lain yang lebih menarik?
Sila sms ke 013-6284991, atau email ke zliahs@gmail.com untuk sebarang pertanyaan/tempahan.

Thanks!

Sunday, August 14, 2011

Pengumuman :

Sebarang order untuk siap sebelum raya telah pun ditutup. Tapi jangan risau... untuk order yang nak siap selepas raya, masih dibuka lagi :D

p/s : Terima kasih atas sokongan anda!

Akhir kata, selamat berbuka puasa petang nanti :P (haha tiba-tibaa jeeeee)


Saturday, August 6, 2011

Stylish blogger Award


Dapat Award daripada ZU!
Thanks a lot~

makin bersemangat laa nak ber-kraf ni.hehe!

happy crafting rakan2 :)

Friday, August 5, 2011

Kad (156) - Our love story - 2nd wedding anniversary card!

our love story..
kad berlipat2...


Bila dibuka, ada 4 kolum,

Kronologi percintaan, daripada perkenalan--> kemudian kahwin --> pregnant --> dapat baby --> and now 2nd anniversary, hidup bertiga dengan bahagianya :)


bahagian belakang kad, dipenuhi dengan gambar-gambar pilihan...dan tak lupa juga ruangan kosong untuk menulis ucapan :)

Happy 2nd Anniversary dyana n husband!
Semoga sentiasa bahagia sampai syurga :)

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan~

Selamat menjalani ibadah puasa.
Semoga ramadhan tahun ini lebih berkualiti daripada yang sebelumnya :)

ada siapa-siapa nak kad raya?
:P
heee

Sunday, July 17, 2011

limited internet/laptop access part2

Saya sedih sebab laptop hilang dan semuaaaa gambar dan harta karun dalam laptop pun hilang. too bad takde proper back up. Cuma ada yang di FB je.

dan ada lagi gambar2 kad & frame yang ada dlm laptop tu dan saya belum upload di blog/FB.

hurmmmm sabo je la kan?

Tapi, semua yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya.
betul tak?

p/s: next time,sentiasa kena ada & buat back up untuk apa saja. Tak kira la back up plan ke, back up gambar/data ke etc. tapi jgn pula ada back up 'kekasih gelap' ye! LOL :P

Thursday, July 14, 2011

Limited internet access

Tiga hari lepas rumah saya 'dimasuki' orang.
Laptop, kamera dan banyak lagi yang lain-lain hilang macam tu je :( :( :(
Laptop dan kamera tu bagi saya sangat berharga..
Semoga Allah beri balasan yang setimpal pada yang BAIK sangat hati AMBIL barang-barang berharga saya.

Buat masa ni, sangatlah limited laptop/internet access. Ni pun pergi rumah kawan, pinjam laptop jap.
Jadi, kalau ada sebarang pertanyaan/tempahan, sms saya di 013-6284991.
Kalau nak email tu, mungkin lambat untuk saya reply :(

Sorry for any inconvenience caused.

Thanks :)

Saturday, July 9, 2011

Kad (155) 3 roses --@

Kad ni kecil je,
FREE GIFT from Zliah, special untuk salah satu frame yang ditempah sebelum ni :)

harap suka!
(^_^)