Sunday, March 20, 2011

Kad (121) - Moo moooo la la laa

Mooo Moo Moooo Mo~

Err don't understand?


Let me sing a song and play guitar for you instead!

Heheee gambar lembuu macam tak berapa jadi pulak :p
Kad ni untuk GF nun di New Zealand.
So saya hantar lembu dari New Zealand sebagai wakil.

Harap suka! (^_^)

Wednesday, March 16, 2011

Kad (120) - Just For You!

Sebenarnya saya kurang gemar gambar yang guna flash, so gambar ni pun jadi mangsa 'kurang digemari' sebab flash punya pasal, padahal saya suka gilaaaa kot dengan kad ni.

Flash kadang-kadang buat gambar tu tak asli.hmmmm~

Tapi apa-apa pun, saya suka dengan kad ni :p
Bersemangat je buat bunga tu.haha

Dah lama dah buat kad ni, tapi baru sekarang nak post di sini.

Sebelum kad ni sampai ke tangan penerima, saya terlupa sangat nak snap snap gambar. huhuu Tapi nasib baik, ihsan penerima, saya pun dapat gambar ni. Thanks a lot!!!

Thank you, terima kasih, syukran, merci, arigato ne, danke!(^_^)

Sunday, March 6, 2011

Kad (119) - Mabruk!

Kali ini mama minta saya buat kad mabruk (tahniah) untuk student-student form6 yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STAM.

Total semua kad ada 31 keping, dan saya buat 3 version - PINK, PURPLE, BIRU.
Macam biasalah, pink dan purple untuk perempuan.
Biru pula untuk lelaki.

Mama saya memang suka yang simple-simple je, nak sweet and simple :)

So, inilah hasilnya.
tadaaaaaa~



Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan :)

InsyaAllah~

Friday, March 4, 2011

Wajah baruuuuu.Jeng jeng jeng!

Tiba-tiba rajin pulak saya tukar wajah blog ni (^_^)

Cari dekat website ni : http://www.thecutestblogontheblock.com/

Banyak sangat yang cantik. Serius, rambang mata I dibuatnya (@_@)
hihihhi!
Tapi sebab saya suka kaler pink n hijau, jadi inilah pilihannya. Kalau nanti-nanti terjumpa yang lagi cantik, tukar la lagi ;p

Lepas ni kalau rajin, rasa nak tukar header blog pulak.
Itu pun kalau rajin.haha.
Ke ada siapa-siapa volunteer nak buatkan?

Kalau ada, bole dapat kad free, yeay!
(",)

hihi.

Ok lah..nak kena pergi kerja ni. Harini jadi burung hantu, sebab kena kerja pukul 12malam!
Byeeeeee~

(118) Album Khairre & Azliana - forever love

Simple cute altered album untuk ex housemate saya, Ana & pasangan.

Selamat Pengantin Baru buat Ana dan Khairi!
Semoga bahagia sampai syurga.Amin~

p/s: Cepat2 dapat Ana& Khairi Junior ;p
hehee!

Tuesday, February 22, 2011

Kad (117) - How do you expect me to remember your bday...

kualiti gambar tak berapa baik.hmmm tapi harap si penerima suka (",)

Tuesday, February 8, 2011

Kad (116) - Nazmi is 10 today!

Sori sori sori lama menyepi...
bz bee dengan kerja.huk huk huk -_-

Tapi kad, masih lagi buaaaat~ (",)
hihi.


10 today!
theme merah-putih-gold di luar (",)


Baru saya perasan, kad ni macam utk perempuan pulak. Sepatutnya ada gambar ben10 ke, kereta ke,,, baru la nampak mcm kanak-kanak lelaki kan?
heheee sori~

Thursday, January 6, 2011

Kad (115) - We're far apart.........

but we are still together~


Kad ni Aieen minta buat ada dua burung berjauhan (di bahagian luar kad),


Tapi tetap bersama( bahagian dalam kad)..
Happy 3rd Anniversary Faizel dan Aieen, semoga bahagia selalu~ (",)

Harap berpuas hati la dengan kad ni ye (^_^)

Saturday, January 1, 2011

Hai 2011


Selamat Tahun Baru semuaaa~!

Semoga 2011 ini lebih berjaya, bahagia dan bermakna (",)

Saturday, December 25, 2010

Tuesday, December 14, 2010

Kad (113) - 1N2D

Ditempah khas oleh peminat setia Korea TV Show - 1Night 2 Days (1N2D), untuk team 1N2D~

Kad ni besar saiz A4. Cik peminat setia tu minta saya buat agak last minit, jadi saya pun cuba la yang terbaik untuk siapkan secepat mungkin :)

Sebelum ni saya tak pernah tau pun apa benda 1N2D ni ;p hihi almaklumlah saya jarang tengok tv. Dah kena buat kad ni barulah sibuk-sibuk nak tau pasal rancangan 1N2D ni =p

Apa-apa pun, cik peminat setia nak kad tu kaler light purple, so inilah hasilnya~


luar


Belah dalam pulak(^_^)

Ish bila teringat kad ni, saya mesti terbayang-bayang balik..kalaulah ada masa lebih lagi, mesti saya nak buat kad ni lagi comel.

Tapi apa-apa pun, harap AmA & team 1N2D suka la ye kad tu (",)
Kata AmA, kalau bernasib baik, keluar la kad ni dekat TV. hihi tu pun kalau bernasib baik ;)

Thursday, December 2, 2010

Kad (112) - mama 54

Untuk mama tersayang,
Selamat hari lahir yang ke-54 (10 Nov 2010).
Moga sentiasa dirahmati Allah.

Saturday, November 27, 2010

Kad (111) - 5th Anniversary

Kad ni dah dibuat dalam sebulan yang lepas. Customer minta kad tema LOVE LOVE macam Kad(70), cuma nak minta tukar warna kuning kepada purple dan tulis 'For the guy who stole my heart, happy 5th anniversary'.
(",)
So inilah hasilnya~


Bahagian dalam pula, saya buat ikut apa yang dia nak~ Dalam tu guna background color lilac, tapi nampak macam kebiru-biruan pulak ;p


Apa-apa pun, harap suka la ye \(^_^)/

Saturday, November 20, 2010

Kad (110) - merah-putih



Kad ni untuk my friend's sister, happy birthday dear! (",)

Saturday, November 13, 2010

Kad (109) - Happy Birthday- free!

Kad ni, haritu saya hadiahkan free untuk regular customer (",)
Harap suka la ye (",)
Dalam dia ada juga sikit hiasan, tapi saya lupa nak amek gambar.

Kad (108) - Lagi Kad goodluck~

simple jeeee :)

Monday, November 8, 2010

Kad (107) - Good Luck My Dear Students

Ditempah dari seorang guru dari Johor, untuk studentnya. PMR ke SPM ye? hihi sebab kad ni dah lama juga dihantar, masa raya haritu..

Dalam kad tu ada wishes sikit..

To achieve great things,
We must not only act,
But also dream,
Not only plan but also believe,
Best wishes for your exam.

Simple je,tapi harap suka la ye (^_^)
(",)

Monday, November 1, 2010

Kad (106) - 20th black n white

Kalau perasan, kad ni memang sama dengan ( kad97)
hihi mesti ada yang tertanya-tanya, zliah dah kering idea ke, asyik buat kad yang sama je??

eh tak tak tak, saya buat semua atas request dari customer. Kalau customer nak sama, memang sama macam tu lah yang saya akan buat(melainkan tuan punya kad asal minta utk kad dia sebagai unik,tak nak ada kad yang sama dengannya).
Kalau customer nak design lain, memang design lain lah yang saya akan buat.
(",)




harap awak suka la ye (^_^)

Sunday, October 24, 2010

Kad (105) two years loving you...

Kad anniversary
Kali ni takde pop up. Sebenarnya, customer request but kad lain sikit tp saya cadangkan buat lain sikit daripada yang dia request tp still kekalkan apa yg dia nak, theme love-love ala ala kad 70 ni

So inilah hasilnyaaa~

bahagian luar


dalam

Harap sukaaaaa la ye, and happy anniversary dear!!!


Tuesday, October 19, 2010

Kad (104) - Chef asri keroppi

Salam.

Hai semuaaa, apa khabar? Harap semua sihatlah hendaknya(",)

Ya ampunnnnnn lama blog ni terbiar. Apa la nak jadi, malas tak habis-habis :p

Tak sampai hati nak tengok blog ni bertambah debu lama terbiar, meh sini saya bersihkan sikit. dan share kad yang dah lama buat ni:

Kad ni buat sebelum raya lagi. lama dah!
hihi cik adik customerku sayang tu nak bagi dekat cik abe dia la kot ;p

Saya ikut je apa yang dia nak, gambar Chef Keroppi kat luar.


dan dalam pulak macam ni:



Harap suka la ye \(^_^)/