Saturday, August 20, 2011

(157) Wedding Guestbook yang comel (comel ke?)

\(^_^)/

Bahagian dalam dia, guna kertas kaler pink-biru berselang seli(berketebalan 110g) -printed nama pasangan pengantin & relevant info.
Cover - fully guna material felt.

Berminat dengan handmade wedding guest book seperti di atas?
Atau ada idea lain yang lebih menarik?
Sila sms ke 013-6284991, atau email ke zliahs@gmail.com untuk sebarang pertanyaan/tempahan.

Thanks!

Sunday, August 14, 2011

Pengumuman :

Sebarang order untuk siap sebelum raya telah pun ditutup. Tapi jangan risau... untuk order yang nak siap selepas raya, masih dibuka lagi :D

p/s : Terima kasih atas sokongan anda!

Akhir kata, selamat berbuka puasa petang nanti :P (haha tiba-tibaa jeeeee)


Saturday, August 6, 2011

Stylish blogger Award


Dapat Award daripada ZU!
Thanks a lot~

makin bersemangat laa nak ber-kraf ni.hehe!

happy crafting rakan2 :)

Friday, August 5, 2011

Kad (156) - Our love story - 2nd wedding anniversary card!

our love story..
kad berlipat2...


Bila dibuka, ada 4 kolum,

Kronologi percintaan, daripada perkenalan--> kemudian kahwin --> pregnant --> dapat baby --> and now 2nd anniversary, hidup bertiga dengan bahagianya :)


bahagian belakang kad, dipenuhi dengan gambar-gambar pilihan...dan tak lupa juga ruangan kosong untuk menulis ucapan :)

Happy 2nd Anniversary dyana n husband!
Semoga sentiasa bahagia sampai syurga :)

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan~

Selamat menjalani ibadah puasa.
Semoga ramadhan tahun ini lebih berkualiti daripada yang sebelumnya :)

ada siapa-siapa nak kad raya?
:P
heee

Sunday, July 17, 2011

limited internet/laptop access part2

Saya sedih sebab laptop hilang dan semuaaaa gambar dan harta karun dalam laptop pun hilang. too bad takde proper back up. Cuma ada yang di FB je.

dan ada lagi gambar2 kad & frame yang ada dlm laptop tu dan saya belum upload di blog/FB.

hurmmmm sabo je la kan?

Tapi, semua yang terjadi mesti ada hikmah di sebaliknya.
betul tak?

p/s: next time,sentiasa kena ada & buat back up untuk apa saja. Tak kira la back up plan ke, back up gambar/data ke etc. tapi jgn pula ada back up 'kekasih gelap' ye! LOL :P

Thursday, July 14, 2011

Limited internet access

Tiga hari lepas rumah saya 'dimasuki' orang.
Laptop, kamera dan banyak lagi yang lain-lain hilang macam tu je :( :( :(
Laptop dan kamera tu bagi saya sangat berharga..
Semoga Allah beri balasan yang setimpal pada yang BAIK sangat hati AMBIL barang-barang berharga saya.

Buat masa ni, sangatlah limited laptop/internet access. Ni pun pergi rumah kawan, pinjam laptop jap.
Jadi, kalau ada sebarang pertanyaan/tempahan, sms saya di 013-6284991.
Kalau nak email tu, mungkin lambat untuk saya reply :(

Sorry for any inconvenience caused.

Thanks :)

Saturday, July 9, 2011

Kad (155) 3 roses --@

Kad ni kecil je,
FREE GIFT from Zliah, special untuk salah satu frame yang ditempah sebelum ni :)

harap suka!
(^_^)

Monday, July 4, 2011

Kad (154) - Dad's day

Kad ni aunty saya minta tolong buatkan :)



Harap sukaa! :)

Friday, July 1, 2011

(153) Nawwar & Aizam's Wedding Guest Book

Nawwar & Aizam punya wedding guest book.
Warna tema : dark grey and pink!

Saya pergi wedding Nawwar di Tomyam Klasik, Melaka.
Serius RAMAAAI sangat tetamu yang datang!!!

Buat Nawwar & Suami, tahniah!
Selamat bercinta selepas kahwin, bercinta sampai syurga.Amin~
(^_^)



Kad (152) - Green Sanah Helwah

Sanah Helwah = Happy Birthday!
(^_^)

Tuesday, June 28, 2011

(151) Wedding Guest Book - Amy & Sharp :)

Ini Handmade Wedding Guest Book yang kedua dari Zliah :)
Atas permintaan customer, kali ini saya buat lain sikit berbanding yang sebelum ni.

Tema elegan, berwarna silver-purple. Cantik kannn????
(^_^)


Saros Amilla & Syafezal Hazreen

Tahniah!!




Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia sampai syurga :)

Thursday, June 23, 2011

Kad (150) zzz Happy teachers day!

teacher bzbeee~
hehee happy teachers day!

Ok habis dah kad hari guru yang simple, cantik dan murah~

Kalau ada sesiapa berminat nak order kad simple, cantik dan murah untuk event lain, boleh je.
Nak yang tak murah pun boleh.kekekekeke =P
Apa-apa, sila lah email ke zliahs@gmail.com ya untuk pertanyaan/tempahan :)

Okayyy dah 1.39am, time to sleeeeeeeeeeeeeeep.
Nite2 sweeeetdreams!

Kad (149) - No 1 Teacher!

Lagi kad hari guruuuu~~~~

Teacher sinonim dengan epal kan?
kenapa ya?

Kad (148) - Selamat Hari Guru

pink, sweet macam cikgu yang terima kad ni

Kad budget, simple dan murahhh~

Kad (147) Terima Kasih Cikgu

pink-hitam.
cantik tak? heee

Kad (146) A+ Teacher

A+ Teacher menghasilkan A+ student :)

Kad Hari Guru sempena hari guru yang lepas ~

Kad (145) Guru Pelita Hidup

1.15am, baru balik kerja ni..terus nak update blog kejap sebelum masuk tidur. heheee

Lagi Kad Hari Guru sempena hari guru yang lepas.
simple dan murah!

p/s : makin banyak order,makin bertambah diskaun :D

Tuesday, June 21, 2011

Kad (144) - Selamat Hari Guru


Kad budget - simple dan murah!

Saya dapat tempahan banyak sempena hari guru (16 May 2011)
Ada lagi kad-kad hari guru yang lain (kad budget yang simple dan murah juga), saya share next time pula ya?

p/s : Makin banyak order, makin bertambah diskaun ;)

Sunday, June 19, 2011

Kad (143) - Just Married!

Kad ni saya buat untuk Pijah, ex-housemate saya di Melaka dulu :)
Pijah dah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, sabirin 4 Jun lepas.
Tahniah Pijah & Sabirin!
Susah senang, pastikan bersama..semoga bahagia dan berkekalan sampai syurga.Ameeen~

Saya buat macam ni sebab teringat dulu Sabirin selalu naik scooter kaler merah!
vrooom vrooooooom~ heheee ^^


Dari kami the HOT CIKs.
heheee
kami yang lain semua cik lagi, tapi coming soon(next weeeek!) ada sorang lagi bakal jadi PUAN pulak :)